Association of Malaysian Optometrists (AMO) akan mengadakan satu saringan kesihatan mata & pameran penglihatan di Parlimen Malaysia pada 6 Jun 2023 (Selasa) dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pemeriksaan mata akan merangkumi :

  1. Pemeriksaan Slit Lamp Biomicroscopy (Kesihatan Bahagian Hadapan Mata)
  2. Pemeriksaan Tonometer (Ujian Tekanan Dalam Mata)
  3. Pemeriksaan Funduscopy (Kesihatan Bahagian Belakang Mata)
  4. Teknologi Artificial Intelligence (A.I.) yang akan mengesan risiko penyakit sistemik melalui mata.

Aktiviti pameran pula akan menampilkan:

  • Fakta & Sejarah Optometris di Malaysia
  • Masalah, Cabaran & Solusi untuk Mata Rakyat Malaysia
  • 2030 In Sight: UNSDG – Eyecare For All
  • Optometris Komuniti & Primary Eye Care

Aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini disokong oleh International Agency for Prevention of Blindness (IAPB).